Wednesday 16 April 2014

You and Me


Perkenalan hanya dimulakan hanya sekadar “ADD” dan “APPROVE” di laman sosial FACEBOOK namanya. Si Gaman memulakan bicara dengan hanya sepatah kata “Thanks App” (Kalau tak silap) :-) ... Si Mandak hanya selamba mengatakan “Ur Welkam” (Betul ka ni? -_-??). 

Perkenalan pertama bermula Tahun 2009 tanpa disedari kini sudah menjangkau Tahun 2014 tanpa disedari dengan suasana yang sangat berbeza. Si Gaman meluahkan isi hati kepada si Mandak tanpa dirancang dengan teliti. Namun “teknik” ini agak berjaya kerana luahan si Gaman ini sebenarnya sangat berbisa hingga pada malam itu si Gaman terasa seperti berada di Dunia yang baru penuh keriangan dan kegirangan di hatinya. Namun, lain pula keadaannya jika dibandingkan dengan keadaan si Mandak yang terkelu lidah mendengar luahan si Gaman yang “tiba-tiba” sahaja. Mengusik jiwa kecil dan kiut si Mandak. 

Tanggal 4.1.2014 telah menjadi ingatan dan sentiasa tetulis di dalam diri terutama si Gaman yang telah berjaya meluahkan isi hati yang sudah terpendam sejak setahun yang lalu. “Sungguh bahagia rasanya jika berjaya mendapatkan sesuatu yang sangat diiginkan”, kata si Gaman dalam hati wajanya. Episod baru juga turut dimulakan pada tarikh keramat ini bersama si Mandak tersayang.
Perkataan “I Love You” menjadi sesuatu yang sangat penting dan mustahak bagi kedua insan iaitu si Gaman dan si Mandak. Ikatan kasih menjadi lebih erat apabila dibalas dengan kata-kata “I Love You too” :-)



I Love You Jane